Mengenai Saya

Foto saya
JOHOR BAHRU, JOHOR, Malaysia
salam pekenalan.Ilmu itu pelita hidup. Tuntutlah ilmu hingga akhir hayat

KATA GANTI NAMA

Posted on Jumaat, 28 Mei 2010 |
KATA GANTI NAMA
 
1. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia.

2. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu:
i. Kata ganti nama diri
ii. Kata ganti nama tunjuk

3. Kata ganti nama diri terbahagi kepada:
i. Kata ganti nama diri orang
ii. Kata ganti nama diri tanya

4. Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada:
i. Kata ganti nama diri pertama
ii. Kata ganti nama diri kedua
iii. Kata ganti nama diri ketiga

5. Contoh:
Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku
Kata ganti nama diri kedua : awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu
Kata ganti nama diri ketiga : dia, beliau, ia, baginda, mereka

6. Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat.
Contoh: ini, itu
 
7. Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh: apa, siapa, mana
 



Tip

Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:
1. (a) Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat
dalam banyak kejadian jenayah. (salah)
(b). Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat
dalam banyak kejadian jenayah. (betul)
Penjelasan :
Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati.
2. (a) “Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata
Tuk Ali
kepada anak-anak buahnya. (salah)
(b). “Kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (betul)
Penjelasan :Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan.
3. (a) Tompok sangat manja. Ia suka menggesel-geselkan bulunya
pada kaki saya. (salah)
(b) Tompok sangat manja. Tompok suka menggesel-geselkan
bulunya pada kaki saya. (betul)
Penjelasan :
Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang dan 
 benda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid Terhebat